RESEPI ROTI JALA dan KUAH ROGAN GOSH YANG SEDAP


Assalamualaikum...
Blog kali ini, masih berkisar tentang resepi masakan. Sebenarnya, menulis blog ni satu terapi buat diri saya, setelah penat menguruskan hal rumah dan anak-anak. Masa menulis blog ini sahaja lah masa utk saya bersendirian (terutama klau menulis di tgh malam @ awal pagi ) sebelum budak2 bertiga tu bangun 😅😅.

Resepi kali ini, ROTI JALA dan KUAH ROGAN GOSH adalah favourite anak-anak dan bapaknya termasuklah mertua saya (insyaAllah ada kesempatan sy pun nak masakkan utk mak dan ayah saya huhu ). Bapak mertua saya cukup gemarkan kuah ini kerana rasanya yg berempah dan tekstur yg pekat, lain dari yg lain.

Biasanya roti jala org makan dgn kari ayam kan, tp kt rumah ni kari ayam x laku..sejak saya belajar memasak kuah ROGAN GOSH, airis dan akif lah yg akan menjerit happy apabila sy bgtau saya akan masak roti jala. Resepi ROGAN GOSH ini saya belajar dari seorang kawan yg mmg terer memasak semasa saya bertugas di SMK Bandar Seri Putra. Alhamdulillah, kena pulak dgn tekak anak-anak, jadi mmg wajib ada stok paste rogan gosh ini dlm peti ais kami.

Done celoteh panjang, jom cekidaut resepi 😊😉😉

RESEPI ROTI JALA
(Credit resepi norazlita aziz masam manis)

3 cawan gandum
3½ cawan air
½ cawan minyak
2 biji telur
sedikit garam
pewarna kuning @ kunyit

Cara-cara :

Blend semua bahan. Sedia utk dijala.

(Tips : Biasanya saya suka biarkan adunan roti jala seketika sebelum dijala utk mendapat hasil yg lebih cantik)

sy pandai jala bulat2 cmni je..ada yg jala cam jalur2 tu pun cantik jgk

yeay dah siap xsabar nak berbuka yumyum

kenangan menyediakan roti jala semasa Hari Kebangsaan di Rumah Malaysia, Dubai...haha tobat letih menjala 😅
RESEPI ROGAN GOSH

*resepi ni yg dpt in english, jadi sy malas nk translate, translate sendiri ye hehe
*ni 1st step hanya utk sediakan paste sahaja, lepas tu br kita masak kuah rogan gosh + ayam/kambing
*resepi ni saya dah edit utk lebih mudah, dah ada beberapa bahan asal yg saya xletak.

Ingredients :

3 tennis ball onian -sliced
50ml oil
3 cloves garlic
1 inch ginger - sliced
1 inch carrot - chopped
¼ cup shredded cabbage
¼ cup red bell pepper
2 tomatoes - chopped
1 pinch tumeric
1½ tablespoon cumin powder
3½ tablespoon corriander powder
1 teaspoon fenugreek seeds
2½ tablespoon paprika
1 teaspoon chili powder
1 tablespoon garam masala

Steps :

1. Oil- throw in onions, bell pepper, carrot and cabbage. Cook until soft and translucent.
2. Add ginger, garlic and spices.
3. Mix well.
4. Add tomatoes. And water just enough.
5. Simmer 15 minutes. Let cool. Blend.

dah siap.tggu sejuk nak blend dan frozenkan utk buat stok paste.

ni stok yg saya dah frozen. Hanya keluarkan apabila nak masak kuah rogam gosh.
Cara-cara buat kuah ROGAN GOSH :

Bahan - bahan :

Ayam dipotong kecil - saya sukat satu mangkuk kecil
Yogurt - 1 sudu
Daun Saderi - hiris
Garam
Gula

Cara -cara :

1. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga separuh masak.


2. Apabila isi ayam dah nampak putih, masukkan paste rogan gosh tadi. Gaul rata.


3. Perlahankan api, masukkan yogurt (terus kacau utk elak berketul), garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali tambah daun saderi.


Dah siap ready utk dimakan...

Walaupun banyak step, tp hasil yg dapat apabila nak makan tu mmg superb..hehe..Kebiasaannya saya  sediakan dahulu paste dua tiga hari sebelum sy plan nk buat roti jala. Jadi pada hari tersebut, cepat aje tggal masukkan paste dah siap. Dalam resepi asal ada letakkan gajus, tp sbb gajus xde, saya xletak lah..Ni pun dah cukup sedap...Cuma pastikan kuah hendaklah pekat, jgn tambah air (atau letak sedikit sahaja klau pekat sgt)..Resepi ni pun sihat, hanya gunakan sayur2 utk buat jadi pekat, jadi apa lagi, JOM CUBA !!!!

yum yum 



Comments