Assalamualaikum wbt...
Mlm ni tetiba terasa nak tulis blog..sebenarnya fikiran tgh terganggu, jadi dpt tulis blog sekejap ni seolah2 dpt 'lari' sekejap drp sesuatu yg mengganggu fikiran tu 😔😔
Resepi puding caramel ni dah byk kali sy try and error mcm2 cara, dan resepi kali ni sy edit sendiri utk dptkan hasil yg lebih umph dan cantik (last time sy try, puding caramel sy sedap tp hancur apabila diterbalikkan )...klai ikutkan zaman muda2 dlu, saya bukanlah penggemar puding caramel, tp sejak mkn puding caramel paling sedap semasa majlis kahwin kami di Shah Alam, saya tercari2 puding caramel sesedap tu..Alhamdulillah kali ni rasanya seakan2 dan menggamit memori tgh sanding gitewww ❤❤
RESEPI PUDING CARAMEL
BAHAN -BAHAN :
½ cawan gula
sedikit air
3 biji telur gred A
¼ cawan gula
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
¾ tin air
4 keping roti putih (dibuang tepi)
CARA-CARA :
1. Cairkan ½ cawan gula menggunakan api yg perlahan sehingga perang. Masukkan sedikit air dan terus kacau. Ketepikan. Biarkan sejuk.
2. Blend bahan-bahan yg lain sehingga hancur. Tuang di dalam loyang gula hangus tadi.
3. Kukus 45 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk seketika di luar dan masukkan ke dalam peti ais.
4. Siap utk dihidang. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing.
Selamat mencuba ya kawan-kawan :)
Comments
Post a Comment